Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik

Kursus ini merupakan salah satu daripada dua kursus pengenalan yang akan membincangkan bagaimana nanoteknologi dapat bersepadu di dalam industri elektronik. Matlamat kursus ini ialah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai nanoelektronik. Pelajar akan didedahkan kepada pengenalan sifat sifat elektrikal, mekanikal dan optikal daripada struktur pada saiz skala mikro dan nanometer dan bagaimana mereka dapat dimanfaatkan terhadap produk elektronik. Pada kursus ini, pelajar akan menggunakan kemudahan perpustakaan dan fasiliti penyelidikan yang sedia ada di IMEN dalam mengkaji potensi daripada aplikasi teknologi nano dalam bidang elektronik.

This course is one of two introductory courses that will discuss how nanotechnology can be integrated in the electronics industry. The goal of this course is to provide understanding and basic knowledge to the students about nanoelectronics. Students will be exposed to the introduction of the electrical, mechanical and optical property of material and structures at the size scale of micro and nanometers and how they can be implemented in various electronic products applications. In this course, students will use the Library and IMEN’s Laboratory facilities in investigating the potential of nanoelectronics applications in the field of electronics.


Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai latar belakang dan kaedah menjalankan sesebuah penyelidikan saintifik. Topik yang akan dipelajari merangkumi peranan penyelidik dan falsafah serta etika dalam penyelidikan dan penerbitan. Pelajar juga akan didedah kepada teknik merancang dan merekabentuk eksperimen, menilai risiko keselamatan serta kemahiran mencari, memproses dan merumus hasil penyelidikan. Pada akhir kursus, pelajar akan menyedia dan mempersembah kertas cadangan penyelidikan masing-masing.

The aim of this course is to introduce students with background knowledge and methodology to conduct a scientific research. This course will include topics such asrole of researcher, philosophy and ethics in research and publication. Students also will be exposed to planning techniques, design of experiment, assessing safety risk as well as skills to search, process and conclude research outputs. At the end of the course, students will prepare and present their research proposal.


Matlamat kursus ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai kefahaman nanoelektronik gunaan yang meliputi sub-sub bidang elektronik iaitu MOSFET, MEMS/NEMS, fotonik, litar terintegrasi dan pempakajen peranti. Kursus adalah dalam bentuk kuliah, diskusi berkumpulan, kuiz, penulisan kertas ilmiah dan perbentangan kerja berkumpulan. Kursus dalam nanoelektronik gunaan ini menitikberatkan aplikasi terkini serta potensi nanoelektronik. Pelajar akan melakukan kajian pustaka mengenai rekabentuk, fabrikasi serta aplikasi peranti yang melibatkan sifat nanoelektronik. Pelajar akan dibahagikan ke dalam kumpulan kecil, akan memilih produk nanoelektronik tertentu, akan menganalisa produk tersebut dari segi kelebihan teknikal serta kos dan mempersembahkan hasil kajian mereka. Kumpulan-kumpulan pelajar juga akan membangunkan konsep mengenai sesuatu produk berpotensi dan melakukan metodologi analisa yang sama.

The goal of this course is to provide exposure to an applied understanding of nanoelectronics including electronic sub-field of the MOSFET, MEMS / NEMS, photonics, integrated circuit and device packaging. The course is in the form of lectures, group discussions, quizzes, writing scientific papers and presentation of group work. Courses in applied nanoelectronics is focused on recent developments as well as the potential for nanoelectronics applications. Students will conduct a literature review of the design, fabrication and application of available nanoelectronics devices. Students will be divided into small groups, choose a particular nanoelectronics product, analyze those products in terms of technical and cost advantages, and present their findings. Groups of students will also develop the concept of the product potential and perform the same analysis methodology

This courses exposes students to microtechnology and MEMS/NEMS devices. Basic materials used in MEMS/NEMS like silicon, oxides, nitrides dan metals are introduced in usage. Advanced materials like silicon carbide, photonic crystals and polymers are also introduced. Students are exposed to simulation methods using simulator like Comsol and Lumerical via hands-on sessions. Next, students are exposed to MEMS Fabrication Lab Safety and procedures. Students are also exposed to MEMS/NEMS design and fabrication techniques, along with advanced lithography and nanofabrication techniques. Techniques and machines like nano imprint, EBL and nano deposition are explained and discussed. Lastly, MEMS and NEMS testing and characterization techniques are such as scanning electron microscopy (SEM) and AFM are introduced. Students are exposed to MEMS/NEMS design, fabrication and characterization problems via an individual or a group project.

Kursus ini merangkumi asas-asas sambungan bahan seperti sambungan fizik, sambungan mekanik dan rekatan. Kursus ini akan mendedahkan tentang teknologi penyambungan dalam pakej elektronik yang terkini dan termaju seperti pengikatan wayar, pematerian dan fenomena permukaan-antaramuka. Kursus ini juga akan mendedahkan perkara berkaitan fungsi suatu sambungan dalam peranti elektronik, kaedah untuk menilai kualiti dan kebolehharapan antarasambungan dalam pakej elektronik.


Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk asas sains bahan dan kejuruteraan seperti logam/aloi, polimer, seramik, komposit dan bahan semikonduktor bagi pempakejan elektronik. Kursus ini akan memberi kefahaman  berkaitan struktur dan pendekatan atomik/kristalografi bagi bahan-bahan tersebut serta sifat-sifat bahan seperti sifat fizik, mekanik, terma, elektronik, kimia, elektrokimia, sifat kakisan. Kursus ini mendedahkan kefahaman berkaitan manipulasi/modifikasi struktur untuk mendapatkan sifat-sifat tertentu dan hubungkait dengan prestasi pakej elektronik. Kursus ini mendedahkan jenis pencirian bahan dan analisis mikrostruktur, morfologi, sifat fizik, kimia, dan mekanik khususnya dalam pempakejan elektronik.

Kursus ini merupakan salah satu daripada dua kursus pengenalan yang akan membincangkan bagaimana nanoteknologi dapat bersepadu di dalam industri elektronik. Matlamat kursus ini ialah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai nanoelektronik. Pelajar akan didedahkan kepada pengenalan sifat sifat elektrikal, mekanikal dan optikal daripada struktur pada saiz skala mikro dan nanometer dan bagaimana mereka dapat dimanfaatkan terhadap produk elektronik. Pada kursus ini, pelajar akan menggunakan kemudahan perpustakaan dan fasiliti penyelidikan yang sedia ada di IMEN dalam mengkaji potensi daripada aplikasi teknologi nano dalam bidang elektronik.

This course is one of two introductory courses that will discuss how nanotechnology can be integrated in the electronics industry. The goal of this course is to provide understanding and basic knowledge to the students about nanoelectronics. Students will be exposed to the introduction of the electrical, mechanical and optical property of material and structures at the size scale of micro and nanometers and how they can be implemented in various electronic products applications. In this course, students will use the Library and IMEN’s Laboratory facilities in investigating the potential of nanoelectronics applications in the field of electronics.


Kursus ini dibahagikan kepada empat bahagian, bahagian pertama bertujuan untuk memperkukuhkan pengetahuan tentang kaedah menjalankan sesebuah penyelidikan saintifik. Bahagian ini merangkumi topik pengurusan dan perancangan penyelidikan, falsafah dan etika penyelidikan, pengurusan data dan harta intelek, peranan penyelidik dan pengurusan risiko.

Bahagian kedua kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang perancangan dan pengurusan sesuatu projek penyelidikan akademik. Bahagian ini merangkumi topik pengenalan pengurusan projek, prinsip-prinsip pengurusan projek, fasa pengurusan projek, rekabentuk eksperimen dan analisis data, pengurusan hasil penyelidikan dan perisian. 

Bahagian ketiga kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan teknik dan format untuk menulis kertas kerja saintifik untuk penerbitan dan pembentangan di acara rasmi. Teknik penulisan akan merangkumi format tesis UKM dan juga jurnal-jurnal saintifik dan prosiding-prosiding persidangan yang biasa ditemui.

Bahagian keempat kursus ini bertujuan untuk memberikan latar belakang dan kaedah-kaedah menjalankan penyelidikan saintifik. Bahagian ini merangkumi topik kemahiran penyelidikan khusus dalam bidang masing-masing, penyediaan kertas cadangan penyelidikan PhD dan pembentangan cadangan penyelidikan.


Matlamat kursus ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai kefahaman nanoelektronik gunaan yang meliputi sub-sub bidang elektronik iaitu MOSFET, MEMS/NEMS, fotonik, litar terintegrasi dan pempakajen peranti. Kursus adalah dalam bentuk kuliah, diskusi berkumpulan, kuiz, penulisan kertas ilmiah dan perbentangan kerja berkumpulan. Kursus dalam nanoelektronik gunaan ini menitikberatkan aplikasi terkini serta potensi nanoelektronik. Pelajar akan melakukan kajian pustaka mengenai rekabentuk, fabrikasi serta aplikasi peranti yang melibatkan sifat nanoelektronik. Pelajar akan dibahagikan ke dalam kumpulan kecil, akan memilih produk nanoelektronik tertentu, akan menganalisa produk tersebut dari segi kelebihan teknikal serta kos dan mempersembahkan hasil kajian mereka. Kumpulan-kumpulan pelajar juga akan membangunkan konsep mengenai sesuatu produk berpotensi dan melakukan metodologi analisa yang sama.

The goal of this course is to provide exposure to an applied understanding of nanoelectronics including electronic sub-field of the MOSFET, MEMS / NEMS, photonics, integrated circuit and device packaging. The course is in the form of lectures, group discussions, quizzes, writing scientific papers and presentation of group work. Courses in applied nanoelectronics is focused on recent developments as well as the potential for nanoelectronics applications. Students will conduct a literature review of the design, fabrication and application of available nanoelectronics devices. Students will be divided into small groups, choose a particular nanoelectronics product, analyze those products in terms of technical and cost advantages, and present their findings. Groups of students will also develop the concept of the product potential and perform the same analysis methodology.


This courses exposes students to microtechnology and MEMS/NEMS devices. Basic materials used in MEMS/NEMS like silicon, oxides, nitrides dan metals are introduced in usage. Advanced materials like silicon carbide, photonic crystals and polymers are also introduced. Students are exposed to simulation methods using simulator like Comsol and Lumerical via hands-on sessions. Next, students are exposed to MEMS Fabrication Lab Safety and procedures. Students are also exposed to MEMS/NEMS design and fabrication techniques, along with advanced lithography and nanofabrication techniques. Techniques and machines like nano imprint, EBL and nano deposition are explained and discussed. Lastly, MEMS and NEMS testing and characterization techniques are such as scanning electron microscopy (SEM) and AFM are introduced. Students are exposed to MEMS/NEMS design, fabrication and characterization problems via an individual or a group project.

Kursus ini membincangkan aspek-aspek kebolehharapan dan kualiti dalam pakej  elektonik. Kestabilan mikrostuktur bahan, kesan persekitaran seperti suhu, tekanan, kelembapan terhadap kebolehharapan dan kualiti pakej elektronik akan dibincangkan. Kursus ini juga akan membincangkan tentang ujian kebolehharapan piawai dan bukan piawai yang biasa digunakan di dalam industri elektronik.

 


Kursus ini merupakan lanjutan kepada kepada kursus RRRR6342 Sains Bahan untuk Pempakejan Elektronik. Kursus ini akan membincangkan lebih lanjut berkaitan dengan hubungan mikrostruktur-sifat-prestasi bahan pempakejan elektronik. Antara bahan dan teknologi pempakejan yang akan dibincangkan termasuklah bahan sebatian dalam peranti elektronik (mold compound), antarasambungan, logam dan bukan logam. Isu-isu kebolehharapan seperti sebatian antara logam (IMC), kecacatan dan kakisan akan dibincangkan.