LAND LAW I
Kursus ini dibentuk untuk memberi pemahaman dan kemahiran kepada pelajar-pelajar untuk mengendali hal-hal tanah secara teori dan praktikal. Kursus ini dipecahkan kepada tiga aspek iaitu memahami jentera pentadbiran tanah, memahami dan mentafsirkan Undang-Undang Tanah dan mencuba menyelesaikan permasalahan berhubungkait dengan tanah. Di dalam Semester Pertama, perhatian akan diberi kepada peruntukan di dalam Kanun  mengenai tanah, definasi tanah, sistem torrens, hak dan kuasa Kerajaan Negeri dalam melupuskan dan menyita tanah dan hak-hak yang dinikmati oleh seseorang yang dilupuskan tanah kepadanya. Ia bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar bagi membolehkan mereka memahirkan diri dengan aspek urusniaga hartanah yang akan dipelajari di Semester Kedua.

 

Objektif / Objectives

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pemahaman tentang ciri-ciri asas sistem undang-undang dan pentadbiran tanah di Malaysia yang merangkumi pemahaman mengenai peruntukan-peruntukan statut yang berkaitan dan pengkajian kes-kes yang ada hubungan langsung dengannya.

 

Kursus ini juga akan memberi pemahaman lanjut mengenai beberapa permasalahan yang timbul serta isu-isu berbangkit yang terhasil secara langsung atau tidak langsung akibat daripada perlaksanaan sistem undang-undang dan pentadbiran tanah di Malaysia.