Kursus ini memfokus kepada profesionalisme perkhidmatan Optometri di Malaysia. Kuliah akan diberi oleh wakil dari Majlis Optik Malaysia, Pertubuhan Akademi Optometri Malaysia, Persatuan Optometri Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan praktis swasta. Selain itu semua pelajar akan diselia oleh Optometris swasta dalam penyediaan kertas kerja perniagaan. Semua Optometris yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kursus ini merupakan Alumni Optometri UKM yang berjaya dalam perkhidmatan dan perniagaan masaing-masing. Pelajar diharapkan dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya  untuk berinteraksi dengan mereka.