KKKQ3123 STATISTICS AND NUMERICAL METHOD

Kursus ini memperkenalkan statistik sebagai satu kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah   berdasarkan   pengumpulan   data   dan   pensampelan.   Tajuk-tajuk   utama termasuklah kebarangkalian, teorem Bayes, pembentangan data rawak, pemboleh ubah rawak diskret; fungsi ketumpatan kebarangkalian, taburan-taburan kebarangkalian, min dan varians, analisis ralat rawak dan sistematik, ketumpatan dan taburan kebarangkalian, taburan kebarangkalian seragam, taburan eksponen dan normal, anggaran parameter min dan varians, anggaran titik dan anggaran selang, pensampelan, ujian keerertian dan hipotesis, regresi dan korelasi. Kesemua tajuk yang dibincangkan pada silibus statistik akan juga diajar dari sudut pengetahuan secara pembelajaran mesin.  Kaedah berangka dalam kejuruteraan diperkenalkan seterusnya. Antara tajuk-tajuk utama adalah persamaan linear, punca persamaan, interpolasi, regresi, terbitan dan kamiran berangka dan persamaan kebezaan biasa. Subjek ini mengintegrasikan teori dan aplikasi  kaedah berangka bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan. Dengan ini diharapkan ia menjadi jambatan penghubung antara bidang statistik dan kejuruteraan.