Kursus ini bertujuan membincangkan kaedah-kaedah pengoptimuman asas dalam
bidang penyelidikan kendalian. Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah pengenalan
kepada penyelidikan kendalian, pengaturcaraan linear; penyelesaian secara graf; kaedah
simpleks; kes-kes khas; masalah dual, analisis kepekaan dan analisis selepas
keoptimuman, model pengangkutan, pengaturcaraan integer dan analisis keputusan.
Selepas mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan berupaya mengenal pasti dan
mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan kendalian dalam industri.
- Lecturer: ENCIK AMINUDIN BIN MOKHTAR