Kursus ini bertujuan membincangkan kaedah-kaedah pengoptimuman asas dalam bidang penyelidikan kendalian. Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah pengenalan kepada penyelidikan kendalian, pengaturcaraan linear; penyelesaian secara graf; kaedah simpleks; kes-kes khas; masalah dual, analisis kepekaan dan analisis selepas keoptimuman, model pengangkutan, pengaturcaraan integer dan analisis keputusan. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar diharapkan berupaya mengenal pasti dan mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan kendalian dalam industri.