Kursus ini akan membincangkan mengenai daya dan pergerakan dalam bendalir dengan menggunakan pendekatan termodinamik dan mekanik. Teori dan aplikasi aliran bendalir mantap akan dibincangkan dengan memberi penekanan kepada aspek kepegunan bendalir, persamaan Bernoulli dan Torricelli dan bendalir bukan Newtonian. Aliran lamina dan bergelora, faktor geseran dalam aliran (kaedah Reynold) dan aliran melalui media poros juga akan dibincangkan.