Konsep mangkin, rajah tenaga tindak balas, tenaga pengaktifan, entalpi, aktiviti, hasil, selektiviti, fenomena jerapan fizikal dan kimia; perbezaan mangkin homogen dan heterogen serta contohnya; jenis mangkin mengikut fungsinya seperti yang berasaskan logam, bahan semikonduktor dan penebat. Teknik-teknik penyediaan, pencirian dan penilaian mangkin. Penggunaan mangkin dalam pelbagai industri khususnya dalam industri petrokimia, oleokimia dan industri kimia lain yang berkaitan. Beberapa kaedah penyediaan, pencirian dan penilaian mangkin akan dibincangkan. Contoh penggunaan mangkin dalam industri utama seperti dalam pemprosesan petroleum, oleokimia, petrokimia, penjagaan alam sekitar dan bahan kimia khusus akan dibincangkan. Bahan biomangkin seperti enzim, teknik pemegunan, rekabentuk bioreaktor dan penggunaanya dalam industri, proses pengubahsuaian lemak dan minyak khususnya penghidrogenan, penginteresteran glikolisis. Perbandingan biomangkin dengan mangkin kimia dalam sintesis yang melibatkan lemak dan minyak.