ALATAN BIOINFORMATIK / BIOINFORMATICS TOOLS

Kursus ini merupakan lanjutan bagi kemahiran asas yang telah diperolehi melalui kursus STBC2023 Pengenalan Bioinformatik. Kursus ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan kaedah pembangunan proses dan perisian yang digunakan dalam bidang bioinformatik. Pelajar akan didedahkan kepada konsep analisis berturutan dengan membina proses analisis (pipeline). Pelajar juga akan dilatih kaedah pengurusan dan analisis data skala besar seperti pembinaan set data khusus, set data tidak lewah, pembinaan pangkalan data, analisis tapakjalan (biologi sistem) dan juga pengoperasian komputer pelayan bagi tujuan analisis data. Pelajar perlu menyiapkan beberapa kajian kes di mana set data berskala besar dan analisis berturutan yang berpanjangan akan dilakukan. Kajian kes yang disiapkan dijangka menyediakan pelajar untuk membangunkan penyelesaian pengkomputeran dan informatik bagi memperolehi pemahaman fungsi biologi.

This course is a continuation for applying the basic skills acquired from STBC2023 Introduction to Bioinformatics. The course aims to develop skills regarding the development of processes and software for use in computational biology. Students will be exposed to the concepts of sequential analysis using multiple applications via the development of pipelines. The students will be guided on the methods of managing and analyzing big data, including generation of specialized datasets, non-redundant datasets, database development, pathway analysis (systems biology) and the operation of compute servers. Students will be required to complete case studies where analysis of large datasets and sequential extended and sustained analysis will be carried out. The completed case studies will enable students to develop computational and informatic solutions for gaining functional insights from biological data.