Kursus ini membincangkan kepelbagaian ciri anatomi dan ciri mikromorfologi daun, termasuk ciri debunga pada tumbuhan termasuk fungsi dan kepentingannya. Ciri anatomi dan mikromorfologi daun serta kesesuaian ciri-ciri tersebut sebagai bukti tambahan dalam kajian sistematik tumbuhan diperbincangkan dengan lebih terperinci. Contoh-contoh akan diberi daripada spesies tempatan dan beberapa spesies luar negara. Ciri-ciri morfologi polen yang digunakan untuk pengecaman spesies juga akan dibincangkan termasuk jenis, kelas dan hiasan apertur. Mini projek berkaitan diberikan kepada pelajar untuk meningkatkan pemahaman dan implikasi kepada aplikasi pengetahuan yang diperolehi.

This course contents emphasize on the biodiversity of leaf micromorphology, anatomy and polen morphology that includes its function and importance. Leaf anatomical and micromorphological characters and the application of these characters as supporting characters in plant systematic will be discussed. Examples of local and foreign species will be given. Pollen morphological characters which are useful in identification of plant species will be discussed, including types, classes and aperture ornamentation. Mini project will be given for knowledge enhancement and in implication of knowledge application.