Kursus ini membicarakan sejarah perkembangan ilmu linguistik dari era pramodenisme hingga ke era pascamodenisme. Secara umumnya, fokus perbincangan berkisar kepada aliran pemikiran, tokoh dan aspek teori. Pebincangan ini termasuklah sejarah pemikiran ahli linguistik klasik (India, Yunani dan Romawi). Tumpuan utama diberikan kepada persoalan-persoalan berhubung dengan idea-idea linguistik pada zaman moden, iaitu berkaitan linguistik struktural, generatif dan analisis wacana. Melalui kursus ini juga pelajar akan didedahkan dengan perkembangan linguistik semasa, khususnya di Malaysia. Para pelajar diharapkan dapat melihat keterikatan dan kesinambungan idea-idea linguistik dari zaman klasik hinggalah ke zaman moden serta mampu menilainya secara kritis dan dapat menempatkan dan mempersiapkan diri masing-masing dalam bidang linguistik. Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu.