Kursus ini membincangkan isu-isu dalam bidang organisasi industri. Matlamat utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan bidang organisasi industri moden. Fokus kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan yang berkaitan dengan gelagat firma, struktur pasaran dan interaksi strategik di antara firma. Pasaran yang akan dibincangkan ialah pasaran persaingan sempurna, monopoli dan oligopoli. Di samping itu, kesan daripada persekitaran struktur pasaran juga akan turut dibincangkan. Antara kesan tersebut ialah diskriminasi harga, pembezaan produk, kesejahteraan masyarakat, penggabungan serta ikatan produk. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya boleh memahami dan menerangkan aspek yang berkaitan dengan ciri-ciri organisasi industri yang wujud dalam pelbagai bentuk pasaran dan tingkah laku masing-masing.