Kursus ini bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang cara-cara menjalankan kajian saintifik dalam penyelidikan pendidikan, khususnya jenis penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Di sepanjang kelangsungan kursus ini, pelajar akan didedahkan dengan strategi/kaedah menyediakan pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, tinjauan literatur, metodologi kajian, rekabentuk kajian, kaedah persampelan, pembentukan instrumen kajian dan kaedah penganalisisan data.