Ini merupakan kursus asas kepada teori dan rekabentuk komunikasi digit. Pelbagai sistem modulasi denyut jalur asas dan modulasi laluan lulus akan diperkenalkan seperti PCM, FSK dan ASK. Perbandingan prestasi sistem tersebut seperti penggunaan lebar jalur dan kesan hingar akan dilakukan. Kemudian diikuti dengan modulasi spektrum tersebar dan komunikasi radio berbilang pengguna. Teknik pengekodan dalam pengawalan ralat juga akan diketengahkan. Batasan asas dalam teori maklumat yang mempengaruhi muatan saluran akan juga dibincangkan