Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas mengenai kaedah unsur terhingga. Melalui kaedah ini pelajar akan berkebolehan membentuk model dengan mengaplikasikan prinsip asas yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah kejuruteraan awam secara manual ataupun menggunakan perisisan. Kursus ini meliputi tajuk-tajuk seperti pengenalan, sejarah ringkas dan terminologi, permodelan unsur terhingga, fungsi bentuk lelurus, pendekatan Rayleigh-Ritz dan Galerkin, pembentukan matriks kekukuhan, integrasi berangka. Kursus ini melibatkan masalah rod 1-D, kekuda 2-D, pemindahan haba mantap 1-D dan 2-D, kilasan, dan tegasan dan terikan sesatah 2-D. Pelajar berpeluang menggunakan perisian berasaskan kaedah unsur terhingga untuk menyiapkan projek reka bentuk.

The goal of this course is to impart knowledge and understanding on the basic theory of the finite element (FE) method. Through this method, students will be able to apply and model any structural engineering problems and solve manually or using computer software. Topics will include introduction, brief history and the terminology, trial solution, finite element model, linear shape function, Rayleigh-Ritz and Galerkin approach, derivation of stiffness matrix, numerical integration. This course will cover the problem such as 1D axially loaded bar, 2D trusses, steady state 1D and 2D heat flow, 2D torsion and 2D plane stress and plane strain. Students will have an opportunity to use FE commercial software in order to complete the design project.