PENGURUSAN OPERASI INDUSTRI/OPERATIONS MANAGEMENT FOR INDUSTRY

Kursus ini memberi pendedahan kepada pelbagai sektor industri dan pelbagai cabaran yang dihadapi industri. Semua aspek berkaitan industri seperti evolusi industri, pengurusan operasi industri, kejuruteraan dan teknologi pembuatan, dan komputer sebagai alat akan dibincangkan. Antara topik yang terkandung dalam kursus ini adalah seperti pengurusan perancangan strategik, pengurusan dan kawalan kualiti, MRP dan ERP, operasi lean dan JIT, pengurusan projek, pengurusan rantaian bekalan dan pengoptimuman proses. Beberapa contoh masalah dunia nyata akan dibincangkan dan pelajar boleh mengaplikasi kaedah yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah tersebut.

This course provides an overview of multiple industrial sectors and the challenges faced by industries. All aspects of industry such as industry evolution, industry operation management, engineering and manufacturing technology, and computers as tools will be discussed. This course will covers topics such as strategic planning management, management and quality control, MRP and ERP, lean operations and JIT, project management, supply chain management and process optimisation. A number of real world problems will be discussed and student will be able to apply a suitable method(s) to solve the problem.