Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran mereka bentuk aturcara dan menyelesai masalah mengguna pendekatan orientasi objek. Pelajar diajar tentang elemen piawai pengaturcaraan mengguna pendekatan berorientasikan objek yang memberi penekanan terhadap pengabstrakan data dalam pemodelan entiti dunia sebenar. Kursus ini turut membincangkan algoritma piawai, serta struktur data penting seperti timbunan, giliran, senarai, pokok dan graf. Pelajar akan belajar untuk mengenalpasti struktur data yang bersesuaian, mereka bentuk algoritma, membangun dan menyahpepijat aturcara dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar.

This course aims to equip students with the knowledge and skills of program designing and problem solving using object-oriented approach. Students are taught the standard elements of programming, using an "objects-in-the-middle" approach that emphasizes data abstraction to model real-world entities. The course also discusses standard algorithms as well as important data structures such as stacks, queues, lists, trees and graphs. Students will learn to identify suitable data structures, design algorithms as well as develop and debug programs in solving real world problems.