CLINICAL PAEDIATRIC DENTISTRY

SINOPSIS

Kursus ini membolehkan pelajar untuk mendiagnosa penyakit mulut, merancang rawatan yang bersesuaian dan holistik, and menyempurnakan rawatan yang dirancang secara efektif bagi pesakit bayi, kanak-kanak, remaja yang normal serta kanak-kanak kelainan upaya termasuk pesakit kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan. Pelajar juga didedahkan terhadap rawatan pergigian di klinik serta rawatan pergigian dengan menggunakan sedasi atau anaesthesia umum di hospital. Selain itu, pelajar akan diberi pendedahan terhadap aspek kerja berpasukan dalam kontek pengurusan multi-disiplinari terutama semasa mengendalikan kes-kes yang memerlukan rawatan yang kompleks. Pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan penempatan di hospital kerajaan di Malaysia atau jika diizinkan di mana-mana hospital yang diiktiraf di luar negara untuk mempertingkatkan pengalaman klinikal mereka.