SCIENCE OF PAEDIATRIC DENTISTRY

Sinopsis

Kursus ini membolehkan pelajar untuk mendalami dan menghayati pengetahuan yang utuh dalam bidang Pergigian Pediatrik. Pelajar akan didedahkan terhadap perkembangan normal dan tak normal pada bayi, kanak-kanak dan remaja. Selain itu, pelajar juga didedahkan akan pengetahuan berkenaan penyakit mulut terutama daripada aspek epidemilogi, etiologi, pathogenesis, diagnosa dan pemilihan rawatan yand bersesuaian berasaskan bukti saintifk yang kukuh dan terkini. Pemikiran secara kritis juga diberi penekanan, di mana pelajar perlu menilai artikel-artikel saintifik yan diterbitkan dan memberi pandangan mereka dalam bentuk perbincangan secara kumpulan. Selain apsek pengetahuan dalam bidang Pergigian Pediatrik, pelajar juga didedahkan akan kaedah pembentangan kes-kes rawatan klinikal yang dilakukan oleh mereka atau pembentangan laporan kes-kes rawatan klinikal Pergigian Pediatrik menarik yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal terkemuka. Pelajar juga akan melakukan pengajaran dan pengawasan klinikal di peringkat pra-siswazah demi mempertingkatkan keyakinan diri mereka sebagai seorang pendidik kelak.