RESEARCH IN PAEDIATRIC DENTISTRY

SINOPSIS

Kursus ini membolehkan pelajar untuk memilih dan menjalankan projek penyelidikan dalam bidang klinikal pergigian pediatrik atau penyelidikan sains gunaan yang berkepentingan dalam lapangan Pergigian Pediatrik. Pelajar akan diajar untuk menyediakan kertas penyelidikan dan menjalankan aktiviti penyelidikan termasuk pengumpulan data, penganalisisaan, membuat rumusan dan menulis tesis/laporan penyelidikan mengikut piawaian UKM. Hasil penyelidikan juga perlu ditulis dalam bentuk manuskrip yang boleh dikemukakan kepada jurnal berwasit untuk penerbitan. Fundamental penyelidikan dan pengoperasian statistik penyedilikan untuk kursus ini dikendalikan bersama kursus teras penyelidikan dan statistik fakulti. Aspek perundangan, etika, profesionalisme dan tatalaku berkaitan penyelidikan juga diberi penekanan.