SURVIVAL MODEL

(1) Kod Kursus : STQA3123

(2) Nama Kursus : Model Kemandirian

(3) Kredit : 3

(4) Taraf Kursus : Program (Wajib)

(5) Sinopsis:

Kursus ini membincangkan kepentingan model kemandirian dan penganggaran. Beberapa kaedah statistik diperkenalkan untuk pensampelan data, pembinaan model, analisis model dan pengukuran model. Penganggaran tidak-berparameter menggunakan Kaplan-Meier dan Nelson-Aalen. Kesan terhadap perubahan perlindungan. Pembinaan model berparameter menggunakan kaedah kebolehjadian maksimum, momen dan persentil. Penganggaran parameter untuk data tertapis dan terpangkas. Model sifar-terpangkas dan sifar-terubahsuai. Varians penganggar dan selang keyakinan. Pemilihan model menggunakan prosedur graf, ujian Kolmogorov-Smirnov, ujian Anderson-Darling, ujian khi kuasa dua dan ujian nisbah kebolehjadian.

This course aims to discuss the importance of survival model and estimation. Several statistical methods are introduced for data sampling, model construction, model analysis and model measurement. Non-parametric estimation using Kaplan-Meier and Nelson-Aalen. Effects of coverage modifications. Construction of parametric model using maximum likelihood, moments and percentiles. Estimation of parameters for censored and truncated data. Estimation for zero-truncated and zero-modified models. Variance of estimators and confidence intervals. Selection of model using graphical procedures, Kolmogorov-Smirnov test, Anderson-Darling test, chi square test and likelihood ratio test.

(6) Rujukan:
Denuit, M., Marechal, X., Pitrebois, S. & Walhin, J.F. 2007. Actuarial Modelling of Claim Counts: Risk Classification, Credibility and Bonus-Malus Systems. England: John Wiley & Sons Ltd.

Klugman, S.A., Panjer, H.H. & Willmot, G.E. 2012. Loss Models: From Data to Decisions. Ed. ke4. New Jersey: John Wiley & Sons Inc.

Bühlmann, H. & Gisler, A. 2006. A Course In Credibility Theory And Its Applications. Springer Science & Business Media.

Dalgaard, P. 2008. Introductory statistics with R: Springer Science & Business Media.

Brown, R., Lenox, S. 2015. Introduction to Ratemaking and Loss Reserving for Property and Casualty Insurance. Ed. ke-4. ACTEX Publications

Weishaus, A. 2018. SOA Exam STAM Study Manual. Actuarial Study Materials. Weishaus, A. 2018. SOA Exam LTAM Study Manual. Actuarial Study Materials.

(7) Senarai Hasil Pembelajaran Kursus :

HPK 1
Berupaya memahami proses pemodelan kemandirian yang melibatkan pembinaan, analisis dan pengukuran model. (Able to understand the process of survival modeling that involves models’ construction, analysis and measurement)

HPK 2
Berkeupayaan untuk menganalisis tempoh kemandirian hayat atau peristiwa yang dicerap menggunakan teknik berstatistik dan mentafsir kesannya keatas masyarakat. (Able to analyze the survival of observed life or events using statistical techniques and interpret their impacts on society)

HPK 3
Berkemahiran dalam membina model berparamater bagi data tertapis dan terpangkas. (Skillful in constructing parametric model for censored and truncated data)

HPK 4
Berkemahiran dalam pembuatan keputusan bagi memilih model terbaik. (Skillful in decision making to choose the best model)

(8) Rancangan Pembelajaran:

Minggu-Topik
1-Taburan empirik data lengkap
2-Penganggaran data terubahsuai
3-Nelson-Aalen dan Kaplan-Meier
4-Penganggaran min dan varians
5-Selang keyakinan transformasi log
6-Penganggaran data besar
7-Peperiksaan pertengahan
8-Kaedah momen dan persentil
9-Penganggaran MLE
10-Penganggaran MLE untuk varians dan fungsi
11-Kesan perubahan perlindungan
12-Taburan diskret dan model sifar-terubahsuai
13-Pemilihan model menggunakan graf dan plot
14-Pemilihan model menggunakan ujian hipotesis

(9) PERUBAHAN PADA PROFORMA KURSUS (Komponen Penilaian dan Pemberat)

ASAL
Tugasan/Kuiz (15%)
Projek (10%)
Ujian Midsem (35%)
Peperiksaan Akhir (40%)

BARU (SEMASA COVID19)
Tugasan/Kuiz (30%)
Ujian 1 (35%)
Ujian 2 (35%)