FOOD AND LIFESTYLE

Kursus ini akan mengutarakan faktor-faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan khususnya dari segi perubahan persekitaran, perubahan amalan makanan dan perubahan ramuan makanan itu sendiri. Penekanan akan diberi kepada penggunaan bahan tambah dan proses serta implikasinya kepada kesihatan. Isu-isu pemakanan seperti ketidaseimbangan pengambilan makanan serta kaitannya dengan penyakit seperti obesiti, diabetes dan penyakit-penyakit koronari akan diberi perhatian. Peranan mikroorganisma dalam makanan serta keselamatan makanan juga diutarakan. Amalan dan gaya hidup berkaitan dengan makanan seperti halal, vegetarian dan kosher juga diketengahkan. Pengawetan, perundangan, perlabelan dan kepenggunaan makanan bagi mengawal kualiti makanan dan melindungi pengguna juga diperkenalkan.

This course put forward the factors which influence food intake especially in terms of the changes in the environment, food habits and food ingredients. Emphasis will be given to the usage of food additives, process as well as its implication towards health. Nutritional issues such as imbalance food intake and its link towards diseases such as obesity, diabetes and coronary diseases will be given attention. The role of microorganisms in food and food safety is also expressed. Practices and lifestyles related to food such as halal, vegetarian and kosher are also highlighted. Food fermentation, legislation, labelling and consumerism to control the quality of food and protection of consumers are also introduced.