SANGKUTAN PERIODONTOLOGI KLINIKAL (CLINICAL PERIODONTOLOGY ATTACHMENT)
Kursus ini menyediakan siswazah dengan pengetahuan saintifik, prinsip-prinsip teknik biomekanik yang diperlukan untuk menguruskan kes-kes periodontik di luar Program atau Fakulti iaitu di klinik-klinik pakar yang diwartakan oleh Fakulti dan Universiti, di bawah pengawasan Pakar bidang yang dilantik. Aktiviti sangkutan termasuk perbincangan kritikal dan skop kerja Pakar Pergigian Klinikal Periodontologi dari aspek pentadbiran dan governans, dan juga pengurusan kes klinikal. Setiap pemerhatian dan pengendalian pesakit bersama Pakar direkod dalam Buku Log Pesakit sepanjang kursus dan dibentangkan kepada Program di akhir setiap semester.