Perbincangan akan ditumpukan kepada biosintesis asid lemak bermula daripada kumpulan asetil dua karbon (asetil-KoA) diikuti dengan pemanjangan dua unit karbon untuk membentuk produk C16 dan C18 melalui malonil-KoA. Penjanaan asetil-KoA di dalam mikrob, tumbuhan dan haiwan serta enzim yang terlibat dalam biosintesis juga akan dihuraikan. Selain daripada sintesis de novo asid lemak, beberapa pengubahsuaian seperti penyahtepuan dan pemanjangan serta perbezaan enzim antara mikrob, tumbuhan dan haiwan dalam sintesis asid lemak juga diterangkan. Pembentukan pelbagai jenis lipid (triasilgliserol, fosfogliserida, sfingolipid, glikosilgliserida) dan lipid minor (lilin, karotenoid, sterol, dll.) juga dibincangkan.