SAINS ASAS PERIODONTOLOGI KLINIKAL (BASIC CLINICAL SCIENCES IN PERIODONTOLOGY)
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dalam aplikasi asas sains dalam pengamalan periodontik klinikal. Ia memberi penekanan kepada prinsip-prinsip, kemajuan terkini dan hubungkait di antara sains asas pergigian dengan amalan klinikal periodontik. Topik-topiknya meliputi anatomi pergigian, biokimia dan fisiologi tisu periodontium, etiologi dan patogenesis penyakit periodontium termasuk mikrobiologi dan imunologi. Kursus ini juga meliputi topik mengenai prevalen penyakit periodontium, indeks yang digunakan untuk mengukur penyakit, keperluan latihan khusus dan unjuran sumber manusia dan rawatan periodontik untuk pesakit dan masyarakat secara amnya.