Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami prinsip asas dalam genetik khususnya yang berkaitan dengan aspek perubatan manusia. Oleh itu corak pewarisan, fenomena genetik dan keabnormalan kromosom manusia adalah penting untuk memahami kenormalan dan keabnormalan dalam genetik pewarisan. Ciri genetik bukan-nukleus akan turut dibincangkan seperti genetik mitokondria. Tambahan lagi genetik manusia di peringkat populasi dan perubatan serta beberapa topik berkaitan seperti kanser, kaunseling genetik, diagnosis prenatal dan terapi gen turut dibincangkan bagi menerangkan kepentingan pengetahuan genetik daripada perspektif perubatan.


This course gives opportunity for students to understand basic principle in genetic specially applied in human medical. Therefore, patterns of inheritance, genetic phenomena and chromosome abnormality in human are important in order to describe normality and abnormality in genetic inheritance. Other non-nucleus genetic characteristic also will be discussed, i.e., mitochondrial genetic. In addition, human genetic at population and medical level plus other important topics such as cancer, genetic counselling, prenatal diagnosis, gene therapy and etc. to describe the importance of genetic knowledge in medical perspective.