MARINE BIOTECHNOLOGY

Sinopsis / Synopsis :
Pendekatan bioteknologi semakin meluas digunakan untuk menangani isu-isu spesifik dalam persekitaran laut. Begitu juga organisma laut semakin banyak digunakan dalam penyelidikan-penyelidikan bioteknologi. Kursus ini dimulakan dengan penerangan konsep bioteknologi dengan memberi contoh-contoh tertentu. Ini diikuti dengan perbincangan bidang-bidang sains laut yang menggunakan pendekatan bioteknologi, misalnya dalam taksonomi, biodiversiti, akuakultur dan perikanan, pengesanan toksin dan bisa, bioremediasi, dan pengesanan bahan pencemar. Selanjutnya akan dibincangkan aspek eksploitasi organisma marin sebagai sumber bahan untuk berbagai aplikasi bioteknologi. Amali akan menumpu kepada kaedah-kaedah pengekstraksian DNA, proses PCR, penjujukan gen, analisis data, pengesanan toksin algae, dan pengesanan bahan bioaktif dari organisma marin.

Biotechnological approaches are increasingly being used to address specific issues in the marine environment. Concurrently marine organisms are viewed as highly promising sources for biotechnological bioprospecting. This course starts off with basic concepts of biotechnology using specific examples. This will be followed by discussions on the fields of marine activities in which biotechnology is applied, such as taxonomy, biodiversity, aquaculture and fisheries, detection of toxins and venoms, bioremediation, and detection of pollutants. The second part of the course will focus on bioprospecting of marine organisms for biotechnological applications. Laboratory sessions will focus on techniques for DNA extraction, PCR, gene sequencing and analysis, detection of algal toxins, and assays for bioactive compounds from marine organisms.