Sinopsis

Kursus ini akan memperkenalkan pendekatan secara langsung kepada sejarah, kemajuan dan perkembangan industri akuakultur haiwan marin seperti rumpai laut, moluska, ikan dan lain-lain. Tajuk-tajuk kursus yang dibincangkan termasuklah aspek-aspek praktikal serta rekabentuk dan kejuruteraan projek penilaian dan pemilihan tapak, pengendalian dan kawalan stok, keperluan zat dan formulasi makanan, pengangkutan ikan hidup dan ekonomi akuakultur. Kursus ini juga memberi penekanan kepada kajian kes, amali dan lawatan ke tapak-tapak projek, untuk mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek teknikal, sosial dan persekitaran akuakultur. Masalah dan peluang untuk memajukan industri akuakultur di Malaysia akan dibincangkan.

Synopsis

This course will introduce a direct approach on the development history of aquaculture marine animal industry such as seaweeds, mollusc, fishes and others. Specific topic discussed included practical aspects, design and assessment of project engineering and site selection, stock control and handling, nutrition requirement, feed formulation, live fish transportation and aquaculture economic. This course will also focus on case study, practicals and site visits for the purpose of student exposure to various technical aspects, social and aquaculture environment. Problems and opportunities for aquaculture industry developments in Malaysia will also discussed.