BASIC ARABIC I
Matlamat kursus ini ialah untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan mengaplikasi tatabahasa asas yang merangkumi kata nama, kata kerja dan partikel. Pelajar akan diberi penjelasan tentang klasifikasi kata nama dan kata kerja dan seterusnya tentang konsep tatabahasa asas iaitu muzakkar, muannath, mufrad, muthanna, jamak, ficil madhi, ficil mudhari’ dan ficil amr serta bagaimana ia digunakan di dalam ayat. Di samping itu pelajar akan didedahkan kepada teks bacaan asas dan dialog dalam pelbagai situasi.