Kursus ini mendedahkan calon kepada prinsip-prinsip dan kaedah menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan persekitaran. Bahagian pertama memperkenalkan, menghurai dan membincangkan konsep penyelidikan, prosedur menjalankan penyelidikan dan kaedah melaporkan hasil penyelidikan mengikut perspektif ini. Aspek utama yang diliputi oleh bahagian ini ialah konsep penyelidikan saintifik; persoalan dan permasalahan kajian; ulasan literatur; penyelidikan kuantitatif dan kualitatif; aplikasi pendekatan sains sosial; sains tulen dan polisi dalam penyelidikan pengurusan persekitaran; penyediaan proposal penyelidikan; dan etika penyelidikan. Bahagian kedua menumpukan kepada kaedah mengumpul data, pensampelan, kaedah menganalisis data, penggunaan statistik bivariat dan multivariat, dan kaedah mempersembahkan hasil analisis data.

This course exposes students to the principles and methods of undertaking research in the field of environmental management. The first part introduces, explain and discuss basic concepts of research, and methods of reporting research results according to this approach. Main topics covered in this section are the concept of scientific research, research questions, literature review, quantitative and qualitative research, application of social science, pure science and policy approach in environmental management research; preparation of research proposal; and research ethics. The secong part focuses on methods of data collection, sampling, methods of analyzing data, use of bivariate and multivariate statistics, and methods of presenting result of data analysis.H