SINOPSIS KURSUS:

Dalam konteks dunia hari ini sebahagian besar daripada kehidupan kita dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Secara umum peristiwa tersebut dipengaruhi oleh persekitaran sosial dan budaya yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memahami dan mengenali manusia, masyarakat serta budaya menerusi satu sistem pengetahuan yang dikenali sebagai sains sosial. Kursus ini bertujuan memperkenalkan sains sosial sebagai satu perspektif bagi mengamati, memahami dan menghuraikan fenomena sosial dan alam sosial manusia. Kursus ini bermula dengan memperkenalkan sains sosial dan kemanusiaan, sejarah perkembangannya, falsafahnya serta cabang ilmu yang dirangkumi. Bahagian ini diikuti dengan penerangan tentang kaedah penyiasatan sosial yang digunakan untuk menyelidiki dan menjawab pelbagai persoalan sosial. Kursus ini juga membincangkan tentang sains sosial di Malaysia dan kemungkinan-kemungkinan masa depannya. Kursus ini menggunakan pendekatan ‘antara-disiplin’ dan multi disiplin sebagai asas memupuk kemahiran mengkaji bidang sains sosial di peringkat yang lebih lanjut.