Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kedudukan dan kepentingan maqasid syariah dalam ijtihad bagi menentukan hukum permasalahan baharu pada masa kini. Kursus ini akan membincangkan mengenai jenis-jenis ijtihad dan kaitannya dengan maqasid syariah. Kursus ini seterusnya akan membincangkan mengenai sejarah ilmu maqasid syariah, metode penentuan dan pembahagiannya. Perbahasan mengenai kepentingan maqasid syariah dan syarat- syarat penggunaannya dalam ijtihad juga turut diberi penekanan. Selain itu, perbincangan juga difokuskan kepada hubungan maqasid syariah dengan ilmu usul fiqh dan kaedah fiqh serta pemakaiannya dalam fatwa-fatwa kontemporari.