Kursus ini merangkumi sesi kuliah, amali, tutoran dan penempatan klinikal. Penekanan dari aspek perubatan yang diberi tumpuan kepada kondisi medikal, muskuloskeletal, neurologikal dan dermatologikal. Perbincangan kuliah meliputi kondisi yang berkaitan dengan masalah perubatan seperti hipertensi, diabetes mellitus, rheumatoid arthritis dan lain-lain lagi. Pelajar juga diberi ilmu pengetahuan berkaitan peranan fisioterapi dalam mengendalikan pesakit tersebut . Di samping itu, pelajar juga didedahkan kepada latihan amali yang berkaitan sebagai sokongan kefahaman kepada kuliah yang diberikan. Pendedahan klinikal di wad perubatan diberikan bagi mempraktikkan konsep teori kepada amali di bawah penyeliaan pensyarah dan penyelia luar.