Kursus ini mengandungi sesi kuliah, tutoran, amali dan bengkel. Kursus bertujuan memberi pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek yang berkaitan kawalan kualiti dadah dan farmaseutikal. Penekanan diberi kepada teknik-teknik asas dan kaedah-kaedah instrumentasi moden yang digunakan dalam analisis dadah dalam bahan mentah, formulasi dan bendalir fisiologi, kaedah penyampelan, kawalan bahan mentah dan keluaran siap menurut farmakopoeia rasmi dan piawai lain, kawalan dalam proses ke atas pelbagai bentuk dos, kajian kestabilan dan pengujian, pemantauan dan kawalan persekitaran dan kawalan kualiti statistik. Sesi amali membolehkan pelajar mengaplikasi kaedah-kaedah yang sesuai untuk pemiawaian, analisis dan dan kawalan kualiti ke atas bahan mentah dan keluaran siap farmaseutikal menurut piawai yang telah ditetapkan.      

The course consists of lectures, tutorials, practical sessions and workshops. The objectives of the course are to provide the student with the knowledge and skills in various aspects of quality control of drugs and pharmaceuticals. Emphasis is given on basic and modern instrumental techniques used in analysis of drugs in raw materials, formulation and physiological fluids, sampling procedures, control of starting materials and finished products according to official pharmacopoeias and other standards, in-process controls on various dosage forms, stability studies and testing, environmental monitoring and control and statistical quality controls. Practical classes allow the students to apply appropriate methods for standardization, analysis and quality control on pharmaceutical raw materials and finished products according to the stated pharmacopoeial procedures.