Secara umumnya CPC perlu mengaitkan antara klinikal dan patologi dan fokus kepada pengajaran asas kepada pelajar perubatan, perkembangan professional kakitangan akademik serta menyumbang kepada penerbitan dan mencetus idea untuk penyelidikan.

Objektif Format Baru CPC ialah:

  1. Memperkasakan pengajaran kepada pelajar.
  2. Meningkatkan penerbitan ahli akademik.
  3. Mendorong interaksi kakitangan antara jabatan klinikal & praklinikal seluruh fakulti.
  4. Menggalakkan penglibatan industri & komuniti.
  5. Pengantarabangsaan dan kolaborasi bidang pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.