Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada model rehabilitasi komuniti bersifat holistik mengikut keperluan komuniti berkenaan. Pendekatan dan kaedah perlaksanaan program rehabilitasi dalam komuniti ini akan didedahkan kepada pelajar. Peranan pasukan profesional multidisiplin dan komuniti, serta hak-hak kemanusiaan sejagat serta inovasi komuniti dalam penyampaian perkhidmatan berdasarkan konteks tempatan akan dihuraikan. Perlaksanaan amalan rehabilitasi dalam komuniti di Malaysia dan cabarannya akan turut dibincangkan. Pelajar akan merancang projek mengikut keperluan komuniti berkenaan yang melibatkan pasukan profesional multidisiplin.