Kursus ini membincangkan metode penyelidikan yang digunakan dalam pengajian Islam. Perbahasan kursus ini merangkumi tiga komponen, iaitu, konsep, falsafah dan etika penyelidikan dalam Islam; kedua, reka bentuk penyelidikan pengajian Islam yang telah diselaraskan dengan metode penyelidikan Sain Sosial, dan; ketiga pembangunan kertas cadangan penyelidikan. Selain itu, kursus ini turut memberi tumpuan kepada aspek penulisan laporan yang berkesan merangkumi aspek-aspek seperti tatacara penganalisisan data dan penulisan laporan penyelidikan mengikut GAYA UKM.