INTRODUCTION TO RELIGIOUS STUDIES /
PENGENALAN PENGAJIAN AGAMA-AGAMA

Kursus ini memperkenalkan beberapa agama besar dunia yang menjadi anutan sebahagian besar masyarakat Malaysia. Agama-agama tersebut ialah Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan kepercayaan agama masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia. Liputan kursus mengandungi pemetaan geografi agama-agama besar dunia, perkembangan, pengasas, kitab suci, doktrin-doktrin teologi seperti konsep ketuhanan, hari akhirat, peribadatan, moral dan ritual agama. Kursus turut membincangkan isu-isu semasa berkaitan hubungan antara agama dan keharmonian beragama di Malaysia.