Kursus ini memberi kefahaman tentang akidah Islam dan kepentingan menjadikannya sebagai satu cara hidup. Melalui kursus ini pelajar berupaya memahami asas-asas akidah melalui kefahaman mengenai konsep, latar belakang dan sejarah perkembangan ilmu akidah, berupaya mengenalpasti karakteristik dan permasalahan ilmu akidah, memahami persoalan-persoalan semasa yang berkaitan akidah Islam dan paling penting berupaya mempertahankan akidah Islam dengan berasaskan dalil-dalil yang betul dan jelas. HAsil pembelajaran kursus ini pelajar-pelajar diharap berkebolehan dalam menghasilkan perkara-perkara berikut iaitu,

1. membahaskan konsep asas ilmu akidah.
2. memahami karakteristik akidah Islam dan yang bertentangan dengan Islam.
3. menghubungkan isu-isu akidah dengan isu pemikiran semasa di Malaysia.
4.  mengambil iktibar dan mengaplikasi akidah sebagai satu gaya hidup.