Kursus ini secara konsepnya menekankan kajian perbandingan di antara Undang-undang Antarabangsa yang berjalan pada hari ini dengan Undang-undang Antarabangsa Islam (fiqh siyar). Kursus ini merangkumi amalan-amalan Negara semasa. Sebagai permulaan, pelajar akan diperkenalkan kepada definisi, asas-asas, tabi'i, skop, objektif sumber-sumber utama dan sampingan serta pertelingakahan dalam menentukan siapa yang layak diiktiraf sebagai peserta (subject). Selain daripada itu aspek-aspek perbezaan antara Undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang Municipal, hak-hak, kedaulatan dan tanggungjawab negara, perolehan wilayah (acquisation), kehilangan (loss), pewarisan (succession), penyerahan (cession), pendudukan (occupation)  dan sebagainya yang berkaitan dengan negara sebagai entity terpenting dalam Undang-undang Antarabangsa. Diplomatik serta kekebalan yang dinikmati oleh ajen diplomatik. Dalam bahagian yang lain, pelajar juga didedahkan kepada pertelingkahan antarabangsa serta penyelesaiannya, konsep peperangan dan jihad, layanan terhadap tawanan perang, dan konsep berkecuali (neutrality).