COMPARATIVE LAW OF TORTS
Sinopsis:

Kursus ini membincangkan pengenalan undang-undang tort mengikut undang-undang sivil dan Islam; sejarah perkembangan dan sumber-sumbernya. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada beberapa konsep persamaan dan perbezaan antara tort Islam dan sivil. Seterusnya akan dibincangkan tanggungan tegas dan tanggungan beralih; jenis-jenis tort berniat, seperti serangan, serang sentuh dan penahanan salah. Pencerobohan terhadap harta benda juga akan dibincangkan, termasuk salah milik dan kerosakan. Selain itu dibincangkan juga konsep kecuaian yang merangkumi prinsip tugas berhati-hati, perlanggaran tugas berhati-hati, pembuktian kecuaian dan dalihan kepada kecuaian. Tajuk-tajuk lain yang akan dibincangkan ialah tanggungan terhadap premis, tanggungan terhadap binatang, tanggungan terhadap benda-benda, tanggungan terhadap air dan api, kacau ganggu dan kejut saraf. Di samping itu, perbincangan berkaitan dengan tort fitnah juga akan dilakukan. Remidi-remidi yang boleh diperolehi serta dalihan-dalihan yang terdapat dalam setiap topik undang-undang tort yang dibincangkan juga diberi perhatian.