Kursus ini membincangkan hubungan syariah dan sistem pemerintahan Islam seperti konsep dan ciri-ciri negara Islam, tanggungjawab menubuhkan negara Islam dan tanggungjawab minoriti Islam dalam negara bukan Islam; metode kajian politik Islam, seperti definisi dan skop pemikiran politik Islam, perbezaan di antara dasar dan bentuk pemerintahan; hubungan teori politik dan undang-undang perlembagaan serta pentadbiran; dan sejarah ringkas pemerintahan Islam. Seterusnya akan dibincangkan ciri-ciri perlembagaan Islam. Ini termasuklah definisi, sumber dan dasar pokok perlembagaan dan pemerintahan Islam; makna, tujuan ciri-ciri dan Kuasa Badan Pemerintahan, Perundangan dan Kehakiman, hak dan tanggungjawab pemerintah dan rakyat, ciri-ciri penting undang-undang pentadbiran Islam; dan penggubalan Perlembagaan Islam.