SIYASAH SYAR'IYYAH

Kursus ini bertujuan memperkenalkan dasar umum Islam yang berasaskan siyasah shar‘iyyah dengan merujuk pada pelaksanaan dan contoh-contoh pada zaman Rasulullah SAW dan al-Khulafa’ al-Rashidin. Perbincangan merangkumi sumber-sumber dan bidang pelaksanaannya, kuasa pentadbiran, hak awam, hak persendirian, prinsip syura dan budibicara, tujuan dan cara pelaksanaan hukum Allah SWT berdasarkan nas dan ijtihad. Hasil daripada konsep pentadbiran yang dijelaskan oleh Islam menerusi al-Quran dan al-Sunnah, maka perbandingan antara dua zaman akan dapat dilakukan dengan lebih terperinci. Kursus ini juga membincangkan beberapa prinsip siyasah shar‘iyyah seperti al-maslahah (kepentingan awam), dar’ al-darar, daf‘ al-mashaqqah (mengelak bahaya dan kesukaran), al-‘adah/al-‘urf (adat kebiasaan) dan sadd al-dhara’i‘ (mencegah keburukan). Semua ini bertujuan untuk memudahkan para pemikir Islam mengaplikasikan segala kaedah penentuan hukum terhadap isu-isu politik semasa