WASIAT DAN HIBAH DALAM ISLAM

Kursus ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek perancangan dan pengurusan harta keluarga melalui instrumen wasiat dan hibah. Pelajar didedahkan kepada konsep wasiat dan hibah menurut syarak. Keperluan dan kepentingan perancangan dan pengurusan harta dalam keluarga ditekankan sehingga pelajar berkebolehan menilai instrumen yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Kursus ini akan melibatkan pihak industri perancangan dan pengurusan harta orang Islam di Malaysia supaya pelajar terdedah kepada isu-isu berkaitan wasiat dan hibah di negara ini seterusnya berkebolehan menyelesaikan permasalahan yang berbangkit.