Kursus ini membincangkan undang-undang keterangan secara perbandingan iaitu menurut perundangan Islam, Sivil dan Undang-undang Keterangan Syariah di Malaysia. Penekanan adalah diberikan kepada undang-undang keterangan Islam dan Akta Keterangan 1950. Aspek-aspek yang dibincangkan dalam kursus ini adalah sejarah dan pengenalan kepada undang-undang keterangan Islam dan Akta Keterangan 1950, kepentingan pembuktian, keterangan atau al-bayyinah, beban dan standard pembuktian, pengakuan, kesaksian dan sumpah. Aspek-aspek lain yang dibincangkan juga ialah qarinah, keterangan dokumen, keterangan pakar, pengetahuan hakim, li’an, qasamah dan qur’ah.