Kursus ini bertujuan memperkenalkan asas fiqh muamalat yang mencakupi teori-teori fiqh berkaitan seperti teori hak (al-haqq), milik (al-milkiyyah), harta (al-mal) dan akad (al-aqd). Di samping itu kontrak-kontrak asas fiqh muamalat juga dibincangkan seperti kontrak jual beli (bayᶜ), sewa (ijarah), gadaian (rahn), jaminan (kafalah), musharakah, mudarabah dan lain-lain. Kursus ini juga akan membincangkan aplikasi semasa fiqh muamalat dalam transaksi kontemporari dalam konteks sektor kewangan Islam merangkumi perbankan Islam, pasaran modal Islam dan takaful. Ia akan mendedahkan kepada pelajar pelaksanaan fiqh muamalat dalam transaksi kontemporari dengan menganalisis pandangan-pandangan mazhab fiqh di samping cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh industri kewangan Islam hari ini.