Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar melakukan penyelidikan ilmiah (peringkat awalan). Pelajar akan berbincang dengan Penyelia/Penyelia Bersama masing-masing. Perbincangan dan penulisan merangkumi bahagian-bahagian seperti Pengenalan, Latar Belakang, Penyataan Masalah, Persoalan Kajian, Objektif, Metodologi Kajian, Batasan Kajian dan Tinjauan Literatur. Di akhir kursus, pelajar akan diminta membentangkan draf penulisan untuk tujuan penilaian. Pelajar seterusnya akan diminta menghantar laporan akhir projek yang mengandungi perkara-perkara yang dinyatakan di atas.