ISSUE OF CONTEMPORARY FIQH

Sinopsis :

Kursus ini membincang dan menganalisis secara kritis serta membuat perbandingan antara mazhab dalam Islam dan undang-undang ciptaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat seperti penggunaan vaksin, isu alkohol, pembedahan kosmetik, suntikan hormon susu, penanaman rambut, masalah perancang keluarga, pemindahan anggota manusia, pembedahan mayat, mematikan pesakit dengan belas kasihan dan persoalan kebudayaan dan kesenian. Di samping itu dibincangkan juga persoalan berkaitan dengan pengaplikasian hukum selain daripada hukum Islam dalam sistem pentadbiran mahkamah, kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam dalam pentadbiran negara dan penyertaan umat Islam dalam upacara agama bukan Islam.