CONTEMPORARY FATWA STUDIES

Matlamat kursus ini ialah untuk memberi kefahaman kepada pelajar terhadap fiqh Awlawiyyat pada masa kini dan maqasid syariah dengan menghubungkan di antara keduanya melalui fiqh muwazanat. Kursus ini akan membicarakan mengenai kelompangan dalam pemikiran dan tindakan sama ada perlu didahulukan atau tidak, berasaskan kepada petunjuk Ilahi disebabkan ketidak perihatinan terhadap fiqh Awlawiyyat oleh masyarakat Islam pada masa kini. Kursus ini juga akan membincangkan mengenai maqasid syariah dan keperluannya bagi membolehkan permasalahan umat Islam pada masa kini dalam pelbagai aspek diberikan penyelesaian yang sesuai mengikut kehendak syariat Islam.