Institut Alam Sekitar & Pembangunan 

METODOLOGI PENYELIDIKAN/ RESEARCH METHODOLOGY 

Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada perspektif yang berbeza tentang proses penyelidikan, kaedah pengumpulan dan penggunaan data secara berkesan semasa perjalanan penyelidikan. Tumpuan akan diberikan kepada pencapaian kefahaman sempurna tentang prinsip penyelidikan untuk membolehkan pelajar menyediakan cadangan penyelidikan yang bermutu. Pelajar akan didedahkan kepada ciri-ciri dan asas pemikiran dan penulisan secara ilmiah. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepelbagaian kaedah penyelidikan seperti temubual intensif, survei dan kerja lapangan, serta kaedah analitik yang akan membolehkan pelajar menganalisis data secara kuantitatif dan kualitatif serta melaporkan hasil kajian secara ilmiah.

This course will introduce students to the different perspectives regarding the process of research, methodology of gathering data as well as effective use of data in research project. The focus is to equip students with an overall understanding of research principles in their effort to prepare a sound research proposal. Students will be exposed to the nature of academic thinking and writing as well as the requirements of academic writings. Besides, students will be introduced to various research methods such as intensive interview, survey and fieldwork, as well as various analytical tools used in qualitative and quantitative analyses.